Thursday, January 29, 2015

Edisi Bedah Siat-siat: Bagaimana Nak Mulakan Buat Cerita

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam Jumaat.

Post pertama untuk Edisi Bedah Siat-siat komik INI!

Saya nak buat cerita fiksyen tapi saya tak tahu... 
BAGAIMANA NAK MULAKAN BUAT CERITA?

Ok. Saya mungkin salah, ini mungkin bukan cara yang betul (tak pernah ambil kursus formal penulisan di IPT mahupun sekolah) tapi ini cara yang saya tahu menerusi pelbagai pembacaan dan tunjuk ajar. Ini yang saya boleh rumuskan. 

MULAKAN DENGAN NIAT

Apa yang aku nak sampaikan pada orang melalui cerita ini?
Kenapa aku buat cerita / komik ini?
For what purpose?
For what greater good?
In Tyler, we trusted. (ehhh?)

Saya nak menceritakan tentang keBEBASan!

NIAT ITU SETERUSNYA AKAN MENJADI TEMA

MINIMALIST. BUAT HANYA SATU TEMA.

Kejap. Apa itu tema? Saya bagi contoh.
Iklan Marrybrown muncul di TV. Seorang kanak-kanak dengan girangnya masuk ke restaurant. Ahli keluarga dia tersenyum. Berjumpa dengan pembantu kaunter yang tersenyum. Terlihat pelanggan lain yang tersenyum sambil menikmati burger baru untuk jangka promosi terhad. (Ini hanya contoh)

APA YANG CUBA DISAMPAIKAN DI SINI?
APA NIAT PRODUCER BUAT IKLAN INI?
APA TEMA YANG DIGUNAKAN?

Apa yang cuba disampaikan/niat/tema adalah:

MARRYBROWN ADALAH TEMPAT YANG MESRA UNTUK ANDA MAKAN

Tak bosan ke kalau hanya menggunakan satu tema?

Tema inilah yang akan mempengaruhi dan seterusnya membentuk segala keputusan yang anda akan buat dalam cerita anda secara anda sedar atau separa sedar.

Memang tema anda ada satu. Tapi anda boleh definisikan sendiri tema anda dalam bentuk lain. Dengan kata lain, anda boleh cari perkataan/frasa lain tapi masih mempunyai maksud yang sama dengan tema.

Wajah pelanggan baru masuk yang ceria = Marrybrown adalah tempat yang mesra

Wajah pembantu kaunter yang ceria = Marrybrown adalah tempat yang mesra

Wajah pelanggan lain yang ceria = Marrybrown adalah tempat yang mesra

Plot twist, perompak menerjah masuk membawa machine gun dan cakap "Nama saya bukan Nasir"

 = Marrybrown adalah tempat yang mesra... Wait.. What?

Dan banyak lagi perkara lain yang boleh membawa maksud yang sama dengan "Marrybrown adalah tempat yang mesra"

Jadi, walaupun anda ketengahkan pelbagai perkara yang rawak tetapi selagi ia masih menunjukkan pembaca TEMA yang sebenar, anda tak perlu risau walaupun perkara itu berbeza macam BUMI dengan LANGIT (tema saya adalah penciptaan ALAM SEMESTA- contohnya).

Atau mungkin saya silap. Mungkin saya mengarut. Sekurang-kurangnya ini cara yang saya gunakan untuk buat komik saya.

Komik saya kena ada kena mengena dengan keBEBASan. Saya percaya ramai peserta buat komik ini dengan niat:

BEGINILAH KEBEBASAN

Saya pula buat komik dengan niat:

BEGINILAH KONGKONGAN

Kalau anda pernah diletakkan dalam suasana studio yang competitive, anda mungkin tahu, melakukan sesuatu yang lain daripada lain membantu anda untuk STAND OUT atau menyerlah - elakkan perkara MAINSTREAM. Cari definisi yang lain atau berlawanan (hipster much?) Ia mungkin berisiko, jadi buatlah dengan percaturan yang betul.

KONGKONGAN akan menjadi tema saya. Kemudian saya definisikan KONGKONGAN kepada dua benda

1. Disuruh belajar/duduk rumah daripada kecil sampai besar = KONGKONGAN

2. SANGKAR = KONGKONGAN (well... duhh?)

Dan dengan sungguh sesungguhnya saya cuba menerapkan kedua-duanya maksud ini ke dalam 5 muka surat pertama dan untuk muka surat terakhir, BOOM, saya gabungkan kedua-duanya sekali (ada panel besar gambar sangkar dan watak utama dengan ibunya).

(Niat saya sebenarnya adalah untuk menunjukkan bagaimana kadang kala, kebebasan itu tak diperlukan, dari situ datangnya tema BEGINILAH KONGKONGAN.)

Jadi, carilah perkara lain yang membawa maksud yang sama dengan TEMA anda. Atau lebih bagus lagi:

PERINCIKAN NIAT ANDA

Contohnya:

ADIWIRA

Saya NAK buat cerita tentang adiwira (cliche much?)

Jadikan ia:

Saya NAK buat cerita tentang adiwira yang boleh memotivasikan orang lain untuk menjadi yang sama, adiwira yang bermula lemah seperti kita semua, adiwira yang terpaksa mengharungi ujian ketahanan mental dan fizikal untuk mencapai tahap yang hebat.

SAYA NAK ORANG TAHU KITA SEMUA BOLEH JADI ADIWIRA

Atau untuk hipster-hipster di luar sana, mungkin anda terfikirkan niat ini:

ADIWIRA TAK SEMESTINYA ORANG YANG MELAWAN ORANG JAHAT. ORANG YANG MEMBUANG DURI DARI JALANAN JUGA DIANGGAP ADIWIRA.

Tetapkan niat / mesej / tema yang anda nak sampaikan dalam cerita anda. Pelbagaikan definisi tema anda yang satu. Anda mampu mengubahnya (pulok...).

Post seterusnya mungkin (MUNGKIN) menjawab persoalan :

BAGAIMANA CARA UNTUK MENARIK PERHATIAN PEMBACA?

............................................

BINA AUTORITI

(Oh my God! Bukan ke ini sepatutnya post seterusnya? Jawab la dalam post seterusnya, bukan sekarang... Tak surprise langsung.)

Yes! AUTORITI itu adalah perkataan bahasa Malaysia (saya dah periksa kamus dewan edisi ke-4.... Sahih!)

Tapi bagaimana caranya membina autoriti? Jeng Jeng Jeng...

P/S: Sekali lagi ingin saya tegaskan, saya bukan orang yang pakar, saya tak pernah menerima pendidikan yang formal dalam bidang penulisan dan apa yang saya tulis mungkin salah (Siapalah saya...). Ini adalah cara saya, apa yang saya pernah belajar secara tak formal dan baca. Kalau ada yang salah harap boleh beri tunjuk ajar. Saya suka orang yang tak setuju dengan saya dan boleh memberikan pendapat yang berlainan dengan saya. Ini membuktikan mereka memandang dunia ini daripada perspektif yang berbeza daripada saya, more variety... giteww.

3 comments:

  1. hahahahhahahahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahhahahahahaha.....
    Good topic.....

    ReplyDelete
  2. hahahhahahaahhahahahahahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete