13 haribulan 8, semalam dan beliau dah buka mata aku. Seorang professor daripada UTM KL telah melontarkan satu ceramah tentang senireka, prinsip-prinsip senireka, bla bla bla untuk penuntut-penuntut jurusan senibina. Seperti biasa, input yang dia berikan (beliau memang banyak pengalaman, nama pun dah "prof") memang sangat berguna untuk kegunaan pendengar yang boleh dikatakan setia mendengar (!?).
Semalam dia dah ubah persepsi aku terhadap senireka... terhadap seluruh tanggapan aku yang membentuk realiti aku selama ini.
ARKITEK BUKAN BUAT BANGUNAN SAHAJA,
ARKITEK MEMBENTUK CORAK KELAKUAN MASYARAKAT
Contoh yang beliau berikan menarik. Dalam dunia Melayu, adalah kurang sopan untuk seorang yang lebih muda melintas di hadapan orang dewasa yang sedang bercakap-cakap. Kalau ikut hukum tatasusila (bukankah Melayu penuh dengan tahap sopan santun yang tinggi? Ye tak?) perbuatan melintas di hadapan orang dewasa yang sedang bercakap-cakap adalah sesuatu yang KURANG AJAR. Jadi, di sini peranan arkitek.
Arkitek, sebelum mereka rumah, seharusnya mengkaji tentang corak kelakuan, budaya klien. Hal ini kerana reka rumah yang arkitek sediakan secara langsung atau tidak langsung akan membentuk corak kelakuan penghuni rumah tersebut. Seperti pelan ruang tamu yang luas dan satu-satunya cara untuk pergi dari bilik ke dapur adalah dengan melintasi ruang tamu tersebut. Reka ruang tamu untuk mereka yang bersopan santun seharusnya memberi ruang untuk sesiapa sahaja yang berhajat untuk melintasi kawasan terbesut suapaya mereka tidak perlu MELINTAS DI HADAPAN ORANG DEWASA YANG SEDANG BERCAKAP-CAKAP. Seharusnya ada ruang di belakang kerusi, atau di mana-mana yang dirasakan logik untuk orang melintas.
Jika seorang arkitek itu tidak mengambil endah akan perkara ini, perkara berikut mungkin akan berlaku.
Tiada ruang untuk melintasi ruang tamu. Kanak-kanak terpaksa mencelah antara ruang tamu, melintas di hadapan orang yang lebih tua. Norma untuk menghormati mereka yang labih tua pudar. Bagi kanak-kanak tersebut, perbualan antara orang dewasa adalah perkara biasa, tidak perlu diberikan cukup ruang, perhatian. Boleh sahaja lintas di hadapan mereka. Tiada hormat patut diberi. Boleh sahaja lintas di hadapan mereka. Tak perlu nak jaga hati mereka. Boleh sahaja lintas di hadapan mereka....
Dan apabila kanak-kanak tersebut semakin besar, tiada lagi rasa hormat dalam dirinya terhadap orang yang lebih tua, tiada lagi kepentingan yang dirasakan perlu untuk menajaga hati orang tua.
"Aku nak ambil air, tapi ada orang tua berbual-bual kat tengah laluan. Ah. Lintas sahaja."
"Aku nak pergi kencing.tapi ada makcik potong bawanglah pulak di tengah jalan ini. Ah. Langkah sahaja."
"Aku nak tengok apa yang berlaku di sana, tapi ada orang ramai berkumpul di hadapan. Aku nak lalu pun tak boleh. Ah. Langgar sahaja."
Dan seterunya perkara yang mungkin berlaku dengan ketiadaan rasa hormat akan menjadi teruk dan semakin teruk. Di sini, terserlah akibat yang berlaku sekiranya seseorang arkitek itu mengabaikan peranannnya mengkaji pola atau corak perlakuan klien di dalam rumah yang direka.
Boleh dikatakan arkitek merupakan antara insan yang BERPENGARUH untuk membentuk peribadi masyarakat melalui bangunan yang direka. Tak sangka aku sebelum ini.
No comments:
Post a Comment